Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita berjumpa lagi pada bahagian terakhir kelebihan MLM HPA. Saya
berharap anda memperolehi banyak ilmu baru dari email yang
kami hantar kepada anda.
TABUNG KERETA
HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan
satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui
skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai
pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang
tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan
perniagaan walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan.
Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk
melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat.
Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri.
Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga
berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh
syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang
besar.
TABUNG PERLINDUNGAN TAKAFUL
Bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan,
kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran
berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan
sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain僕ain
syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun
hanya di kalangan leader atasan sahaja.
Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan
bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha
melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. Hasil daripada
perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal
melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai
syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang
berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah
ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang
diguna pakai oleh syarikat HPA. HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan
kedudukan sebagai syarikat MLM syariah di bumi Indonesia.
Thursday, June 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment