Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda...
Adakah MLM HPA memenuhi prinsip yang ditetapkam dalam hukum
syariah? Pada hari ini saya akan terangkan untuk bahagian
yang pertama.
HPA merupakan sebuah syarikat yang benar-benar berusaha untuk
memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta
yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak :-
PENGURUSAN
HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa;
”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. Ini
bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab
dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang
dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan
jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan
pangkat dan insentif.
BAHAN MENTAH
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang
bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas
daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan
secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran,
dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam
industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.
PRODUK
Produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian
Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil
halal JAKIM.
Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti
selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan mahupun
untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus
pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan
herbalis yang berilmu. Ahli–ahli di dorong untuk menggunakan
produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya.
HARGA PRODUK
Harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak
mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga
dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat
diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran
lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single
level di pasaran.
Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga RM5.00 berbanding
ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak
herba But-But cuma berharga RM8.00 sahaja manakala sebotol air
mineral Cuma RM1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM
tertentu bagi setiap unit barangan.
Cukup dulu untuk hari ini, kita akan berjumpa pada email
yang seterusnya nanti. Jika anda mempunyai soalan, jangan segan
atau malu untuk menghubungi kami. Anda boleh terus menelefon,
menghartar sms ataupun menghantar email kepada kami... di HPA!
Wednesday, June 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment