:: KATA-MADAH PENGERUSI HPA ::

:: KATA-MADAH PENGERUSI HPA ::

KELULUSAN

KELULUSAN
JAMINAN KAMI UNTUK ANDA! “Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.”

---> DAFTAR DI SINI <---

BISNIS HALAL DAN BERKAT!

SUKAR untuk mendapatkan produk HALAL?

SUKAR mendapatkan ubat-ubatan Herba yang MUJARAB dan TERJAMIN BERKUALITI?

SUKAR mendapatkan PELANTAR BISNIS MELAYU ISLAMIK yang mampu MEMBANTU ekonomi diri dan agama?

Mahukah anda menjana pendapatan sehingga 5 ANGKA setiap bulan dengan hanya menjadi pengguna produk HALAL?

INILAH PELUANG KEEMASAN ANDA!
"Peluang ISTIMEWA bersama HPA Online, menjana pendapatan secara online bersama satu-satunya syarikat BUMIPUTRA MUSLIM yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ dari tahun 1997 dan mempunyai KEPAKARAN dalam RAMUAN HERBA-HERBA tempatan serta mempunyai rangkaian pengedar yang MAHIR dalam PERAWATAN HOLISTIK..."

REBUTLAH PELUANG INI SEGERA!
Mari Bersama Kami Menjadi Pengguna Dan Usahawan Perniagaan Rangkaian Produk Halal HPA Secara Online. Pastinya Inilah Pilihan Anda! Bina Rangkaian Anda Secara Online Sekarang Juga! InsyaAllah....

Impian Anda Bukan Hanya Sekadar Mimpi Kosong!

PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA HPA!
HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan anak tani yang berpengetahuan luas dalam bidang herba iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 15 Julai 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik BUMIPUTRA MUSLIM. HPA Industries Sdn. Bhd. telah menghasilkan banyak produk HALAL seperti makanan kesihatan berasaskan herba, pelbagai jenis produk makanan dan minuman, produk kegunaan harian dan banyak lagi untuk kami nyatakan di sini. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing Syariah (MLMS).

Perniagaan MLMS HPA telah diiktiraf sebagai MLM Syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA sendiri mempunyai PANEL SYARIAH yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan dan penghasilan produk serta konsep perniagaan yang digunakan. Ahli panel syariah HPA ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama.

Selain daripada peluang perniagaan MLMS, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit seperti Diagnos Saraf Tapak Tangan, Diagnos Anak Mata (Iridology) dan Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi serta ilmu perawatan seperti Bekam (Al-Hijamah), Akupunktur, Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang), Urut Refleksologi, Urutan Limfatik dan Accupressure. Pelan pemasaran MLMS HPA yang berlandaskan syariah ini telah berjaya melahirkan ramai Usahawan HPA serta bakal-bakal JUTAWAN. Justeru itu, kami ingin anda untuk turut serta menceburkan diri dalam perniagaan MLMS HPA.

Mari bersama kami menjalankan perniagaan terulung umat Islam pada masa kini. Anda hanya perlu MENJADI AHLI, MEMBUAT PROMOSI, MEMBELI DAN MENGGUNA PRODUK dan MENAJA untuk memperolehi pendapatan lumayan secara ONLINE juga OFFLINE.

PRODUK-PRODUK YANG DIHASILKAN OLEH HPA IALAH :
Makanan Kesihatan Berasaskan Herba.
Produk Makanan Dan Minuman Halal.
Produk Makanan Sejuk Beku.
Produk Aiskrim.
Produk Penjagaan Diri.
Produk Kegunaan Harian.
Produk Kosmetik.
Produk HPA adalah antara produk yang paling laris di pasaran disebabkan harga yang erpatutan, berkualiti tinggi, mujarab serta selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih dari 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.

CIRI-CIRI PRODUK HPA
Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menggunakan 100% herba.
Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
Tidak mengandungi steroid.

Melepasi ujian had kandungan logam berat.
Melepasi ujian had Mikrob.
Melepasi ujian had kecairan.
Gunakan tanpa was-was, TIADA KESANGSIAN LAGI!
Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

"Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami, Amin." Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA.



KELEBIHAN MENJADI AHLI HPA

Yuran keahlian HPA hanya RM30.00 sahaja seumur hidup. Tiada yuran tahunan

Perniagaan ini boleh diwarisi.

Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.

Ahli mendapat Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.

Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

Berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui program 5 angka dalam masa 5 bulan dengan menyertai Seminar Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.

Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25% setahun.

Belian minima hanya 50 Nilai Mata (NM) setiap bulan untuk layak mendapat bonus. HPA menghasilkan lebih 200++ jenis produk dalam kategori kesihatan, harian, makanan, minuman, kosmetik dll. yang berteraskan harga ihsan, murah dan mudah dipasarkan.

Program 'Perkongsian Ilmu Cemerlang' (PIC) & Sijil Herbalis untuk menjadi perawat dan herbalis.
Ahli akan mendapat Nilai Mata (NM) dengan berbelanja di Restoran Radix Fried Chicken (RFC), Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Radix Chicken House (RCH), menggunakan perkhidmatan Dobi Toharah dan menginap di Hotel HPA.
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.
Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan seperti semua pekerja diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
Mendapat potongan harga sehingga 50% jika menginap di De’Palma Hotel.
REBUTLAH PELUANG INI SEKARANG!

PRODUK TERHANGAT!!!

PRODUK TERHANGAT!!!

VERBALIS ENTERPRISE

VERBALIS ENTERPRISE
“Produk HALAL, bersih, selamat dan hasil usaha umat Islam adalah tanggung jawab bersama. Ia menjadi nadi perjuangan dan rezeki yang diberkati ALLAH. Sekiranya engkau menjadikan ubat itu makanan mu dan makanan mu itu ubat. Nescaya engkau akan sihat sepanjang hayat dan kalaulah seluruh manusia tahu khasiat herba tempatan Negara kita, pasti mereka akan merebutnya atau paling mudah mereka akan menukarnya dengan ketulan-ketulan emas mereka.”

Friday, October 5, 2018

MLM HPA???



Adakah MLM HPA memenuhi prinsip yang dietapkam dalam hukum Shariah Berdasarkan pengalaman saya selama hampir 13 tahun sebagai usahahawan MLM HPA, saya mendapati bahawa HPA merupakan sebauah syarikat yang benar-benar berusaha untuk memenuhi prinsip hukum syariah dalam perniagaan MLM. Banyak fakta yang dapat dikemukakan di sini untuk diteliti oleh semua pihak: pengurusan HPA mewujudkan sistem pengurusan yang berprinsipkan bahawa; ”pekerja yang bertaqwa, Majikannya adalah Allah s.w.t”. ini bermaksud bahawa setiap pekerja harus menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah serta menganggap bahawa setiap tugas yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata. Pekerja yang rajin dan jujur serta mematuhi perintah Allah akan diutamakan untuk kenaikan pangkat dan insentif. 

Bahan mentah 
HPA memastikan agar bahan mentah diperolehi daripada sumber yang bersih lagi halal. Herba-herba yang ditanam di ladang HPA bebas daripada bahan kimia. Penternakan ayam, lembu dan kambing dijalankan secara organik dengan tidak menggunakan suntikan hormon tumbesaran, dan makanan yang bersih dan tidak bercampur bahan antibiotik. Dalam industri pembuatan minuman, HPA menggunakan bahan pemanis herba.

produk 
produk yang dihasillkan dipastikan mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia, memenuhi spesifikasi SIRIM dan mendapat sijil halal JAKIM. Produk herba menggunakan tumbuh-tumbuhan herba yang terbukti selamat dan mujarab baik dari segi penjagaan kesihatan maupun untuk tujuan perawatan penyakit. HPA sentiasa mengadakan kursus pengetahuan produk secara berterusan bagi melahirkan usahawan herbalis yang berilmu. Ahli –ahli didorong untuk menggunakan produk terlebih dahulu sebelum mengesyorkannya kepada pelanggannya. 

harga produk 
harga setiap produk HPA terbukti murah dan berpatutan. HPA tidak mengamalkan dasar penindasan harga malah sebarang penetapan harga dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli-ahlinya supaya dapat diterima oleh semua pihak. Malah harga produk HPA di pasaran lebih murah jika dibandingkan dengan sesetengah produk single level di pasaran. Sebagai contoh seunit ubat gigi HPA Cuma berharga 5.00 berbanding ubat gigi colgate pada berat yang sama. Begitu juga sebotol minyak herba But-But Cuma berharga 10.00 sahaja manakala sebotol air mineral Cuma 1.20 sahaja, semua produk tersebut pula diberikan NM tertentu bagi setiap unit barangan. 

pelan pemasaran 
sistem plan pemasaran HPA berteraskan prinsip Ihsan iaitu bebas dari penindasan, perangkap dan penipuan. Setiap insentif berserta syaratnya dibentangkan secara telus dan jelas. Pengiraan bonus bulanan dilakukan secara sistematik dan jelas. Setiap ahli menerima penyata bonus setiap bulan dan sekiranya berlaku sebarang keraguan mereka boleh memohon semakan semula dengan bahagian MIS. 

Syarat maintain bulanan adalah rendah iaitu 100 NM sahaja dan tiada syarat jualan kumpulan dikenakan untuk melayakkan ahli menerima bonus jualan kumpulan seperti yang dikenakan oleh banyak syarikat MLM lain. Pembayaran bonus dibuat berdasarkan pencapaian jualan setiap individu dan kumpulannya tanpa sebarang syarat tambahan. Dalam HPA adalah menjadi kebiasaan apabila bonus yang diperolehi oleh seseorang ahli melebihi daripada bonus up-linenya. Ini kerana sistem pemberian bonus dikira berdasarkan kadar usaha bukan semata-mata atas jualan kumpulan sahaja. tanggungjawab leader atau kepimpinan bagi memastikan leader-leader HPA benar-benar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya membantu jaringan masing-masing HPA mewujudkan barisan pemimpin yang digelar Pengarah Jati Setia (PJS). 

Mereka dipilih dari kalangan pemimpin yang benar-benar aktif, setia dan sanggup memberikan khidmat kepada semua ahli-ahli HPA yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam perniagaan MLM. Malah mana-mana PJS yang didapati mengabaikan tanggungjawabnya boleh digugurkan dan hilang kelayakan menerima bonus dan insentif PJS. top-up sistem HPA tidak mengamalkan sama sekali apa yang dikatakan top-up sales seperti yang banyak dilakukan oleh syarikat MLM lain. Top-up sales adalah syarat belian tambahan yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM untuk melayakkan ia menerima bonus pada bulan berkenaan sekiranya ia tidak berjaya memenuhi syarat jualan kumpulan yang tertentu. Pada tarikh tertentu kebiasaannya diantara 11 -13 hb pada setiap bulan ahli-ahli akan dimaklumkan oleh pihak ibu pejabat sama ada jualan mereka pada bulan tersebut melepasi syarat kelayakan atau tidak. Sekiranya tidak layak, mereka perlu membuat belian tambahan pada hari itu juga berdasarkan jumlah yang ditetapkan. 

Ini satu bentuk penindasan dan penganiayaan oleh pihak syarikat terhadap ahli-ahlinya. Akibat daripadanya menyebabkan ramai ahli yang terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri atau terpaksa berhutang atau bergolok gadai untuk mencukupkan syarat jualan yang dikenakan. Semakin tinggi pangkat seseorang ahli semakin tinggi tekanan yang dikenakan. Ramai ahli MLM yang dikesan mengalami kerugian yang besar dan ada yang bankrup sama sekali. tabung kereta HPA tidak melaksanakan skim tabung kereta kerana ia juga merupakan satu bentuk penipuan dan penganiayaan terhadap ahli-ahlinya. Melalui skim ini pengedar dijanjikan kereta mewah sekiranya dapat mencapai pangkat dan syarat jualan tertentu. Ini merupakan satu helah yang tersembunyi untuk memerangkap ahli-ahlinya untuk terpaksa meneruskan bisnes walaupun mengalami kerugian yang banyak dan berterusan. Ahli-ahli dikenakan syarat jualan bulanan yang sangat tinggi untuk melayakkan bayaran bulanan kereta dibayar oleh pihak syarikat. Sekiranya tidak mereka terpaksa membayar ansuran bulanan itu sendiri. Ini memberikan tekanan yang hebat kepada ahli MLM tersebut sehingga berlaku krisis ekonomi dan rumah tangga. Semuanya dilakukan oleh syarikat MLM tersebut secara halus untuk mengaut keuntungan yang besar. 

tabung perlindungan Takaful bagi melidungi ahli-ahlinya daripada risiko ditimpa kemalangan, kecederaan atau kematian, HPA mewujudkan skim perlindungan Insuran berkelompok. Ahli-ahlinya tidak perlu membayar premium bulanan sebaliknya cukup dengan memenuhi syarat 200 NM setiap bulan. Lain –lain syarikat MLM biasanya tidak menyediakan insentif ini. Jika ada pun hanya di kalangan leader atasan sahaja. Kesimpulannya berdasarkan fakta di atas dapat dikatakan bahawa HPA adalah satu-satunya syarikat MLM di Malaysia yang berusaha melaksanakan sistem MLM berpandukan prinsip Shariah. 

Hasil daripada perjuangan syarikat untuk mengeluar dan memasarkan produk halal melalui sistem MLM yang adil, syarikat HPA kini telah muncul sebagai syarikat MLM yang cemerlang dan melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Ramai leader dari syarikat MLM lain yang telah berhijrah ke MLM HPA selepas tertarik dengan sistem dan kaedah shariah yang diguna pakai oleh syarikat HPA. 

HPA kini juga telah berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat MLM shariah di bumi Indonesia.


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub